Monday, February 7, 2011

Interrupted Access to Online Databases

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS

Please be informed that seven (7) of our subscribes databases including ASME, International Journal of Industrial Engineering, Journal Citation Report, SIAM Locus, ASTM Standards Online & Digital Library and Malaysia Standards Online are still unavailable online due to technical difficulties.

The online publishers are still configuring access based on our new implemented IP address.

The library and ICT are working closely with these publishers to facilitate and activate access to these databases as soon as possible.

We are so sorry for the inconvenience caused by this problem.

Thank you.

Wednesday, February 2, 2011

Makluman Gangguan Talian Telefon Hot Line Kaunter Utama Perkhidmatan Akses

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP

Makluman Gangguan Talian Telefon Hot Line Kaunter Utama Perkhidmatan Akses.

Perkara diatas adalah di rujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa talian telefon Hot Line (604-9798269) Kaunter Utama Perkhidmatan Akses, Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengalami masalah dan gangguan bermula pagi tadi. Laporan berkaitan kerosakan talian telefon tersebut telah dimaklumkan kepada Pusat Teknologi Maklumat untuk tindakan lanjut.

3. Sehubungan itu, jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan urusan pinjaman, pemulangan atau anda inginkan akses yang lebih cepat berkaitan perkhidmatan Perpustakaan anda bolehlah menghubungi kami di talian sementara iaitu (604-9798134) Unit Perkhidmatan Akses (UPA) Jabatan Perpustakaan.

4. Justeru, pihak kami mohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Sekian, terima kasih.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Tuesday, February 1, 2011

Library Closing Announcement - Chinese New Year Celebration

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

LIBRARY CLOSING ANNOUNCEMENT - CHINESE NEW YEAR CELEBRATION

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS

Please be informed that the library will be closed for Chinese New Year celebration, starting from 03rd February 2011 (Thursday) until 04th February 2011 (Friday) . However, stay connected with our electronic books and journals via the library webpage at http://mylib.unimap.edu.my/

Thank you.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Maklumat Kata Laluan Kepada Aplikasi Online Library

YBhg Dato'/Prof/Tuan/Puan/Saudara/Saudari

MAKLUMAT KATA LALUAN KEPADA APLIKASI ONLINE LIBRARY

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perpustakaan sedang mengemaskini dan menaiktaraf kualiti keselamatan rekod dan data pengguna secara berperingkat melalui perubahan bagi kata laluan Aplikasi 'Online Library'.

Ini akan memberi kesan ke atas aktiviti pembaharuan pinjaman atau semakan kepada rekod pengguna perpustakaan.

Untuk makluman, kata laluan statik yang digunakan sebelum ini kini ditukarkan kepada nombor lengkap kad pengenalan atau nombor pasport (bagi staf dan pelajar antarabangsa).

Sekiranya kata laluan nombor kad pengenalan/nombor pasport tidak diterima oleh sistem, sila hubungi talian Hot Line di 604-9798269.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Selamat Tahun Baru Cina


Selamat Tahun Baru Cina

Warga Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina Kepada Semua Staf dan Pelajar Cina

Wishing you a happy & prosperous Chinese New Year.

ๆญๅ–œๅ‘่ดข

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Makluman Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) Sesi Julai 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kepada: Semua Warga UniMAP

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT) SESI JULAI 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Politeknik KPT bagi sesi Julai 2011 telah dibuka kepada calon-calon yang berkelayakan.

Maklumat lanjut berkaitan permohonan boleh dilayari di http://upu.mohe.gov.my atau http://www.politeknik.edu.my.

Sekian, terima kasih.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Permohonan Kemasukan Ke UniMAP Bagi Sidang Akademik 2011/2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kepada: Semua Warga UniMAP

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UniMAP BAGI SIDANG AKADEMIK 2011/2012 DAN TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke UniMAP bagi program ijazah dan diploma bagi sesi pengambilan 2011/2012 telah pun dibuka kepada calon-calon lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma/Sijil/Setaraf yang berkelayakan.

Untuk makluman juga, permohonan kemasukan ke UniMAP adalah melalui UPU online sahaja. Borang permohonan dan butiran lanjut program pengajian yang ditawarkan boleh didapati di laman web UPU http://upu.mohe.gov.my atau di laman web UniMAP http://www.unimap.edu.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2011. Bersama ini dimajukan jadual tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi 2011/2012 untuk perhatian dan rujukan.

Sekian, terima kasih.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...