Tuesday, February 1, 2011

Permohonan Kemasukan Ke UniMAP Bagi Sidang Akademik 2011/2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kepada: Semua Warga UniMAP

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UniMAP BAGI SIDANG AKADEMIK 2011/2012 DAN TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke UniMAP bagi program ijazah dan diploma bagi sesi pengambilan 2011/2012 telah pun dibuka kepada calon-calon lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma/Sijil/Setaraf yang berkelayakan.

Untuk makluman juga, permohonan kemasukan ke UniMAP adalah melalui UPU online sahaja. Borang permohonan dan butiran lanjut program pengajian yang ditawarkan boleh didapati di laman web UPU http://upu.mohe.gov.my atau di laman web UniMAP http://www.unimap.edu.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2011. Bersama ini dimajukan jadual tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi 2011/2012 untuk perhatian dan rujukan.

Sekian, terima kasih.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...