Wednesday, February 2, 2011

Makluman Gangguan Talian Telefon Hot Line Kaunter Utama Perkhidmatan Akses

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP

Makluman Gangguan Talian Telefon Hot Line Kaunter Utama Perkhidmatan Akses.

Perkara diatas adalah di rujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa talian telefon Hot Line (604-9798269) Kaunter Utama Perkhidmatan Akses, Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengalami masalah dan gangguan bermula pagi tadi. Laporan berkaitan kerosakan talian telefon tersebut telah dimaklumkan kepada Pusat Teknologi Maklumat untuk tindakan lanjut.

3. Sehubungan itu, jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan urusan pinjaman, pemulangan atau anda inginkan akses yang lebih cepat berkaitan perkhidmatan Perpustakaan anda bolehlah menghubungi kami di talian sementara iaitu (604-9798134) Unit Perkhidmatan Akses (UPA) Jabatan Perpustakaan.

4. Justeru, pihak kami mohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Sekian, terima kasih.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...