Tuesday, February 1, 2011

Maklumat Kata Laluan Kepada Aplikasi Online Library

YBhg Dato'/Prof/Tuan/Puan/Saudara/Saudari

MAKLUMAT KATA LALUAN KEPADA APLIKASI ONLINE LIBRARY

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perpustakaan sedang mengemaskini dan menaiktaraf kualiti keselamatan rekod dan data pengguna secara berperingkat melalui perubahan bagi kata laluan Aplikasi 'Online Library'.

Ini akan memberi kesan ke atas aktiviti pembaharuan pinjaman atau semakan kepada rekod pengguna perpustakaan.

Untuk makluman, kata laluan statik yang digunakan sebelum ini kini ditukarkan kepada nombor lengkap kad pengenalan atau nombor pasport (bagi staf dan pelajar antarabangsa).

Sekiranya kata laluan nombor kad pengenalan/nombor pasport tidak diterima oleh sistem, sila hubungi talian Hot Line di 604-9798269.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...