Thursday, October 29, 2009

Kunjungan Muhibbah Konsul Jeneral, Negara Republik Indonesia



28 Oktober 2009, Perpustakaan UniMAP berbesar hati menerima kunjungan dari deligasi Consul Jeneral Of Republic Indonesia iaitu Tuan Yang Terutama Moenir A. Soenanda dan pegawai-pegawai kanannya. Kunjungan ke Perpustakan UniMAP meruapakan salah satu agenda bagi memenuhi rangka lawatan ke Universiti Malaysia Perlis dan kunjungan hormat terhadap Naib Canselor UniMAP. Taklimat berkaitan Perpustakaan telah disampaikan oleh Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan dan beberapa orang Pustakawan. Mengakhiri lawatan tersebut, rombongan telah dibawa melawat sekitar Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, October 26, 2009

CAIROOM 3

Untuk makluman, CAIROOM 3 di Tingkat 1 Perpustakaan telah mula beroperasi pada 26 Oktober 2009.
Makmal baru ini dilengkapi dengan 30 unit komputer dan 1 unit Sistem Cetakan Rangkaian. Untuk menggunakan kemudahan komputer tersebut, pengguna perlu melalui prosedur biasa sama seperti CAIROOM 1 dan 2. Pengguna perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu di Kaunter Perkhidmatan Akses.
Sistem Cetakan yang disediakan di CAIROOM 3 juga adalah sama seperti CAIROOM 1 dan 2.

Semoga pengguna Perpustakaan akan memanfaatkan kemudahan yang diberi. Pihak Perpustakaan berusaha menyediakan kemudahan yang terbaik dan selesa untuk para penggunanya.

Terima Kasih.
Unit Sistem, Perpustakaan

Friday, October 23, 2009

Kunjungan Dari Suratthani Rajabhat University, Thailand.








9 Oktober 2009, Perpustakaan UniMAP dengan sukacitanya mengalukan kunjugan deligasi daripada Suratthani Rajabhat University, Suratthani, Kingdom Of Thailand. Deligasi yang terdiri dari 31 orang telah disampaikan taklimat berkaitan koleksi dan perkhidmatan Perpustakaan oleh En. Azhar Ahmad dan Cik Norzila Ismail, pembantu perpustakaan Unit Perkhidmatan Akses. Mereka dibawa melawat sekitar Perpustakaan dan mereka amat berpuashati dengan koleksi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan UniMAP. Mengakhiri lawatan, sesi bergambar beramai-ramai telah disempurnakan sebagai tanda kenang-kenangan.
Azhar Ahmad
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Tuesday, September 29, 2009

Terkini Di Perpustakaan ! CAI 3, Nantikan Operasinya..

Memberikan perkhidmatan kelas pertama yang terbaik kepada pengguna Perpustakaan UniMAP, merupakan salah satu agenda penting dalam penambahbaikan mutu perkhidmatannya. Selaras dengan keperluan pengguna yang semakin bertambah pada masa kini, Perpustakaan amat peka dengan kehendak pengguna dan membangunkan sebuah lagi Bilik CAI 3 yang akan beroperasi di Ruang Tambahan Baru, Perpustakaan Tingkat Satu, KWSP Kangar. Kapasiti Bilik CAI 3 yang mempunyai 30 unit komputer mampu memuatkan seramai 30 orang pengguna pada satu-satu masa dan dapat mengurangkan sedikit kesesakan yang berlaku di Bilik CAI yang sedia ada pada masa kini khususnya ketika musim peperiksaan. Justeru itu, fasiliti terkini yang disediakan untuk kemudahan semua perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Oleh itu, nantikan operasinya..
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin

Dari Semua Warga Jabatan Perpustakaan

Universiti Malaysia Perlis

(UniMAP)
Royifazulmaldy Bin Zakaria
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Tuesday, September 15, 2009

Perpustakaan Sertai Pertandingan Nasyid Antara Jabatan 2009




14 September 2009, Perpustakaan dengan kerjasama Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Antara Jabatan sempena sambutan bulan Ramadan pada tahun ini. Kumpulan yang mewakili Perpustakaan diberi nama 'Ramadan' dianggotai seramai 12 orang staf dari pelbagai peringkat jawatan. Staf-staf yang dimaksudkan ialah Encik Azhar Ahmad, Puan Nazirah Zainul Abidin, Encik Roy, Encik Mohd Fazlullah, Encik Ahmad Syahir, Encik Akmal Hafizal, Encik Surizan Shamat, Cik Shahirah, Cik Linda, Cik Fatimah, Puan Noremie Hashim, Puan Rohaya Abdul Rahman, Encik Syazmil Yusri dan Cik Noorul Afza Hidayah Pilihan lagu yang bertajuk 'Suci Sekeping Hati' menjadi nadi kumpulan Ramadan pada kali ini. Sketsa yang dipilih bagi memenuhi syarat-syarat penyertaan nasyid tersebut menceritakan seorang anak muda yang bernama Adam, mencari erti hidup yang sebenar dalam mengharungi kehidupan seharian. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Wednesday, September 2, 2009

Dua Qariah Perpustakaan Sertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

02 September 2009, Dua orang staf telah mewakili Perpustakaan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah diadakan di Dewan Kapitol, Kangar. Peserta qariah tersebut ialah Puan Suhana Mat Taha dan Puan Nazirah Zainul Abidin (Naib Johan Tahun 2009). Puan Nazirah Zainul Abidin yang memperdengarkan Ayat 1 hingga 12 Surah Al-Anfal manakala Puan Suhana Mat Taha memperdengarkan bacaan dari surah yang sama. Hadiah pemenang bagi Naib Johan ialah wang tunai berjumlah RM 150.00, Plak dan Sijil Penyertaan. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat UniMAP telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP dan dihadiri oleh semua exco, ketua jabatan serta staf-staf UniMAP. Tahniah diucapkan kepada Puan Nazirah Zainul Abidin kerana memenangi tempat kedua dan Puan Suhana Mat Taha yang memenangi saguhati..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...