Wednesday, September 2, 2009

Dua Qariah Perpustakaan Sertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

02 September 2009, Dua orang staf telah mewakili Perpustakaan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah diadakan di Dewan Kapitol, Kangar. Peserta qariah tersebut ialah Puan Suhana Mat Taha dan Puan Nazirah Zainul Abidin (Naib Johan Tahun 2009). Puan Nazirah Zainul Abidin yang memperdengarkan Ayat 1 hingga 12 Surah Al-Anfal manakala Puan Suhana Mat Taha memperdengarkan bacaan dari surah yang sama. Hadiah pemenang bagi Naib Johan ialah wang tunai berjumlah RM 150.00, Plak dan Sijil Penyertaan. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat UniMAP telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP dan dihadiri oleh semua exco, ketua jabatan serta staf-staf UniMAP. Tahniah diucapkan kepada Puan Nazirah Zainul Abidin kerana memenangi tempat kedua dan Puan Suhana Mat Taha yang memenangi saguhati..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

1 comment:

  1. Tahniah diucapkan kepada dua peserta dari Perpustakaan yang bejaya memasuki Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun ini.. Tahniah semua..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...