Thursday, March 11, 2010

Tiga Staf Perpustakaan Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang





12 Mac 2010, Majlis Anugerah Seri Gemilang yang berlangsung dengan penuh meriah dan warna warni semalam telah mengiktiraf tiga orang staf Jabatan Pepustakaan Universiti Malaysia Perlis, UniMAP. Anugerah tersebut bertujuan menghargai dan mengiktiraf peranan staf dalam perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada Perpustakaan khususnya dan Universiti Malaysia Perlis amnya. Mereka yang dimaksudkan ialah Puan Nazirah Zainul Abidin, Encik Ahmad Farid Md Isa dan Encik Akmal Hafizal Abd Hadi. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuanku Canselor UniMAP iaitu DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail dan Tuanku Pro Canselor UniMAP iaitu DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahril Akashah Khalil. Sehubungan itu, majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Menteri Besar Perlis, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Ketua-Ketua Jabatan dan Staf Universiti Malaysia Perlis. Turut mendapat anugerah bagi kategori Kecemerlangan Sukan iaitu Encik Nizam Md Azid ( Hoki ) dan Puan Nani Maslina Sulaiman Najidi ( Bowling ). Pihak Perpustakaan UniMAP mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang khususnya staf Perpustakaan. Semoga pengikhtirafan terhadap kecemerlangan tersebut akan memberikan impak yang tinggi kepada mereka dalam meneruskan kerjaya dalam bidang masing-masing dan memberi nilai tambah kepada Jabatan Perpustakaan supaya Perpustakaan UniMAP menuju era Perpustakaan yang maju, digital dan dinamik pada masa kini dan selamanya. Tahniah diucapkan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

1 comment:

  1. Tahniah kepada semua penerima anugerah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...