Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2014/2015 PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2014/2015 pelajar program Ijazah Sarjana Muda akan dikeluarkan secara 'online' pada 9 Februari 2015 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my atau melalui aplikasi mobile UniMAP Student News Feed (sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas).
3. Sebarang aduan atau rayuan semakan semula keputusan peperiksaan perlu dihantar secara rasmi (melalui surat) kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis atau e-mel kepada unitexam@unimap.edu.my . Tarikh tutup rayuan adalah pada 23 Februari 2015. Sila rujuk borang permohonan rayuan HEA-15m_BM seperti yang dilampirkan di atas.
4. Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment