Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam UniMAP Dekat Di Hati,
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP
MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UniMAP, IPTA LAIN DAN POLITEKNIK PREMIER BAGI SIDANG AKADEMIK 2015/2016
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke UniMAP, IPTA lain dan Politeknik PREMIER bagi Sidang Akademik 2015/2016 telah dibuka pada 19 JANUARI 2015 (ISNIN) jam 12.00 tengah hari HINGGA 6 APRIL 2015 (ISNIN) jam 4.00 petang.

Sehubungan itu, pemohon-pemohon yang berkelayakan SPM/Sijil/setaraf atau STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM/Diploma/setarafadalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian peringkat Diploma/Asasi atau Ijazah Sarjana Muda yang dibuka secara online melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di http://upu.moe.gov.my
Sila rujuk iklan permohonan yang dilampirkan untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan dan syarat-syarat kemasukan.
PERINGATAN KEPADA CALON LEPASAN DIPLOMA UniMAP:
Pelajar-pelajar program Diploma UniMAP yang berada di semester akhir dan berminat untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UniMAP, pelajar-pelajar adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan kemasukan secara dalaman melalui laman web UniMAP diosi.unimap.edu.my
Permohonan ini akan dibuka mulai 20 APRIL 2015 (ISNIN). Maklumat lanjut akan diberitahu kelak.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Unit Kemasukan & Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Tingkat 3, Bangunan KWSP,
Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7845 / 8701
Faks: 04-9798703
Sekian, harap maklum.
No comments:
Post a Comment