Monday, February 16, 2015

Slip Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2014/2015 Pelajar Program Diploma Kejuruteraan


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

 
SLIP PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2014/2015 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa slip peperiksaan boleh dicetak terus di dalam Portal masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.mybermula pada 16 Februari 2015 (Isnin) sehingga 13 Mac 2015 (Isnin). Sekiranya terdapat kesilapan pada slip peperiksaan tersebut, sila bawa bersama slip peperiksaan dan slip pendaftaran kursus (sebagai bukti) ke pejabat Unit Peperiksaan & Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis, untuk tindakan pembetulan. Sebarang pembetulan pendaftaran kursus perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 27 Februari 2015 (Jumaat) jam 5.10 petang.

3.         Pihak kami ingin mengingatkan kepada semua pelajar sekiranya gagal membawa bersama slip peperiksaan semasa hari peperiksaan,pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan. Selain dari itu, pelajar-pelajar yang masih gagal menjelaskan yuran pengajian akan dihalang daripada mengakses menu Slip Peperiksaan Semasa sehingga pelajar-pelajar menyelesaikan yuran pengajian masing-masing.

4.         Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi oleh pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494 / 8109 atau emel kepada helpdesk@unimap.edu.my

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...