Thursday, December 5, 2013

Hebahan Pelantikan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan mekatronik Universiti Malaysia Perlis

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Perhatian kepada semua staf dan pelajar.

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan,

HEBAHAN PELANTIKAN DEKAN PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKATRONIK UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Naib Canselor telah bersetuju melantik Encik Abu Hassan Bin Abdullah sebagai Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik Universiti Malaysia Perlis berkuat kuasa mulai 05 Disember 2013 hingga 28 Februari 2015. Beliau mengantikan YBhg. Prof. Dr. Abdul Hamid Adom yang telah dilantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan adalah dipohon mengambil tindakan sewajarnya dalam sebarang urusan yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...