Thursday, December 5, 2013

Amaran Kesiapsiagaan Warga UniMAP Menghadapi Banjir Di Perlis

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan,

AMARAN KESIAPSIAGAAN WARGA UniMAP MENGHADAPI BANJIR DI PERLIS

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Senario hujan di Perlis masih di tahap 1 (Light) (rujuk infobanjir JPS Perlis) dan hujan ini dijangka akan berterusan selama beberapa hari lagi. Walaubagaimanapun, keadaan hujan yang melanda negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan termasuk Johor telah berada di tahap 3 & 4 (Heavy & Very Heavy) dan telah pun menyebabkan banjir besar.

3. Sehubungan dengan itu, Naib Canselor selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Bencana Peringkat Universiti telahpun mengarahkan semua pihak (Individu/Jabatan) agar berada dalam keadaan siapsiaga bagi kemungkinan menghadapi banjir yang akan berlaku. Pastikan tahap keselamatan aset dan harta universiti berada di tempat yang selamat bagi mengurangkan risiko kemusnahan harta. Bilik Gerakan Bencana juga telah diarahkan beroperasi di Kompleks Pengajian Jejawi (PTKPI) bermula HARI INI.

4. Tuan Pendaftar selaku Pengarah Bilik Gerakan Pusat akan memanggil dan mengarahkan pada bila-bila masa setiap wakil Jabatan yang telah dilantik sebagai Petugas Bencana bagi menggerakkan Operasi Pengurusan Bencana di UniMAP.

Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...