Thursday, August 1, 2013

Tawaran Menyambung Pengajian Di Peringkat Sarjana : MBA 4+1

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP

TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA: MBA 4+1 BAGI KEMASUKAN OKTOBER SESI AKADEMIK 2013/2014 [TERBUKA KEPADA PELAJAR UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA]

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.        Adalah dimaklumkan bahawa permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar tahun akhir bagi pelajar Kejuruteraan dan Perniagaan (Keusahawanan Kejuruteraan) UniMAP (tahun akhir sahaja) untuk menyambung pengajian ke Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Kejuruteraan) bagi Kemasukan Oktober Sesi Akademik 2013/2014.

3.    Calon-calon boleh mula memohon sekarang dan tarikh akhir permohonan adalah dilanjutkan sehingga 30hb Ogos 2013. Syarat kemasukan adalah memperolehi CGPA 2.5 ke atas. Calon-calon boleh menggunakan keputusan peperiksaan yang terkini. Sila rujuk brosur dan lampiran yang dilampirkan.

4.        Sumber kewangan yang mudah diperolehi iaitu tajaan KPT Mybrain15 – Mymaster dan PTPTN ditawarkan kepada calon pelajar yang mengikuti program ini.

5.        Permohonan yang lengkap boleh diserahkan ke Pusat Pengajian Siswazah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi, Cik Hafizah binti Abdul Rahim 019-2882418/(hafizahrahim@unimap.edu.my) atau En. Harith Amlus  017-6502607/(harithamlus@unimap.edu.my).

Sekian, harap maklum. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...