Friday, August 2, 2013

Majlis Khatam Al-Quran


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR 

JEMPUTAN KE MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT UniMAP 1434 H / 2013 M

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Jabatan Perpustakaan akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat UniMAP 1434 H / 2013 M yang akan diadakan seperti butiran berikut : 

Tarikh : 5 Ogos 2013 / 27 Ramadan 1434H (Isnin) 

Masa : 2.45 petang

Tempat : Auditorium, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur dengan rasa berbesar hati ingin menjemput Y. Bhg. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan ke majlis tersebut. Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk perhatian dan tindakan Y. Bhg. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan selanjutnya. Mohon membawa Al-Quran bersama. 

Kerjasama dan perhatian dari pihak Y. Bhg. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...