Tuesday, April 16, 2013

UniMAP JUARA MIRoC 2013




UniMAP JUARA MIRoC 2013

14 APRIL 2013, PAUH PUTRA : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengekalkan kejuaraanya tahun lalu apabila muncul juara keseluruhan pada Malaysia International Robot Competition (MIRoC) 2013, di Kampus Induk UniMAP, di sini, semalam.

Kejayaan itu diraih selepas pasukan UniMAP muncul sebagai Johan bagi kategori Fire Fighting Robot, tempat ketiga bagi kategori Paintball Robot, Anugerah Khas bagi kategori Rope Climbing Robot serta kategori Persembahan Poster Terbaik.

Hasil kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM 5,500.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan UniMAP pada kali ini amat membanggakan kerana berjaya mengekalkan kejuaraan pada persaingan MIRoC 2013 pada kali ini.

“Persaingan kali ini menjadi lebih menarik kerana kita telah menambah satu lagi kategori iaitu kategori teknikal,

“Ia merupakan salah satu cara bagi menyemarakkan lagi persaingan pada MIRoC 2013 ini disamping meningkatkan penyertaan pada tahun ini,”katanya semasa berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah MIRoC 2013, semalam.

Turut hadir, Wakil Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail serta Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Enson Din.

MIRoC 2013 yang sebelum ini dikenali sebagai MURoC merupakan pertandingan teknologi robotik dianjurkan khusus untuk memperkasa daya inovasi di kalangan mahasiswa berlangsung selama dua hari mulai 12-14 April 2013. 

Ujarnya lagi, penyertaan pada kali ini meningkat apabila 131 pasukan bertanding melibatkan 93 penyertaan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), swasta (IPTS), politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan institut teknikal serta 38 bagi kategori sekolah.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...