Thursday, April 18, 2013

Hebahan Perlantikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Universiti Malaysia Perlis

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

PERHATIAN KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR

Tuan/Puan

HEBAHAN PELANTIKAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI), UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad Sakdan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Perlis untuk tempoh 3 tahun berkuatkuasa mulai 15 April 2013 hingga 14 April 2016.

Sehubungan dengan itu, semua staf dan pelajar dimohon mengambil tindakan yang sewajarnya dalam sebarang urusan yang berkaitan.

Bagi pihak YBhg. Naib Canselor, seluruh warga Universiti Malaysia Perlis ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan beliau.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...