Tuesday, April 30, 2013

Peringatan : Permohonan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP Bagi Sesi Akademik 2013/2014 (Terbuka Kepada Pelajar Diploma UniMAP Tahun Akhir Sahaja)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

PERINGATAN : PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014 [TERBUKA KEPADA PELAJAR DIPLOMA UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA]

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Diploma UniMAP (tahun akhir sahaja) untuk mengikuti pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP bagi Sesi Akademik 2013/2014.

3. Calon-calon boleh mula memohon pada 13 Mac 2013 (Rabu) melalui Online Student Information (OSI) di http://osi.unimap.edu.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mei 2013(Ahad).


4. Hanya calon yang memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan sahaja yang akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP. Sila rujuk syarat kemasukan yang disertakan seperti di Lampiran 1 (termasuk 8 program baru Teknologi Kejuruteraan).

5. Permohonan yang lengkap perlu diserahkan ke Unit Kemasukan & Rekod Pelajar Jabatan Pendaftar seperti alamat di bawah selewat-lewatnya pada 6 Mei 2013(Isnin). Dokumen-dokumen yang Perlu di hantar adalah:

1) Slip cetakan permohonan kemasukan online ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP
2) Slip keputusan Peperiksaan Semester Satu hingga Akhir peringkat Diploma UniMAP
3) Slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
4) Slip keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar Bahagian
Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar
Tingkat 3, Bgn. KWSP, Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7845 / 8701;
Faks: 04-9798703;


Sekian,harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...