Thursday, March 11, 2010

Perkhidmatan Peti Loker Berkunci Di Perpustakaan Kini Mula Beroperasi

Kini satu lagi perkhidmatan telah disediakan khususnya kepada semua pengguna Perpustakaan UniMAP iaitu Perkhidmatan Peti Loker Berkunci. Perkhidmatan tersebut terdapat di Perpustakaan Tingkat Satu, Bangunan KWSP. Polisi sewaan peti loker Perpustakaan UniMAP adalah seperti berikut:
  • Sewaan peti loker hanya dibenarkan kepada pelajar dan kakitangan UniMAP sahaja.
  • Akses kepada peti loker sewaan ialah pada bila-bila masa mengikut waktu pembukaan Perpustakaan kecuali waktu penutupan dan cuti am.
  • Setiap pengguna layak memohon sebuah peti loker sahaja pada satu-satu masa.
  • Setiap peti loker hanya boleh disewa untuk tempoh dua (2) minggu bagi setiap permohonan.
  • Selepas tamat tempoh, pengguna boleh mengemukakan permohonan untuk sewaan lanjutan bagi tempoh dua (2) minggu.
  • Pemohon perlu mengisi Buku Log Sewaan Peti Loker yag ditempatkan di Kaunter Perkhidmatan Akses (Tingkat 1).
  • Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya di atas keselamatan barang-barang yang disimpan di dalam peti loker berkenaan.
  • Pengguna bertanggungjawab untuk menjaga kunci peti loker daripada masalah kehilangan, keciciran, kerosakan dan sebagainya.
  • Sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan kehilangan kunci, penyewa hendaklah membuat laporan bertulis di Kaunter Perkhidmatan Akses (Tingkat 1).
  • Sebarang pertanyaaan mengenai permohonan sewaan peti loker tersebut boleh dirujuk kepada:- Kaunter Perkhidmatan Akses (Tingkat 1) di talian 04-9797004, (Tingkat 2) di talian 04-9798269, Unit Perkhidmatan Akses di talian 04-9798134 atau E-Mel kepada sirkulasi@unimap.edu.my

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

8 comments:

  1. sewa? brapa kena bayar?

    ReplyDelete
  2. Buat masa kini penggunaan loker tersebut tidak dikenakan bayaran, harap maklum.

    ReplyDelete
  3. kenapa ASTRO ting.2 kejab ada kejab x ada? x best la tgk klu cam tu, bayangkan sedang tgk part2 yg menarik, tiba2 jd gelap.....
    mesti tension kan?????

    ReplyDelete
  4. Salam, terdapat sikit masalah teknikal berkaitan penerimaan siaran ASTRO. Aduan telah dibuat kepada pihak ASTRO dan mereka dalam proses penyelenggaraan.. T.kasih

    ReplyDelete
  5. ye ker? setahu saya dh lama jd mcm tu, tak kan smpai skrg x ok lg? sy sndri penah tnya di kaunter, dan jawapan yg sama diberikan.begitu juga jwapan yg diberikan kepada kawan2 saya yg pernah bertanya.......dan saya juga masih igt, masalah ni sudah terjadi sebelum menggunakan lcd tv sekarang...

    ReplyDelete
  6. Perkhidmatan Astro kini berjalan dengan lancar, jika terdapat sedikit masalah ianya merupakan masalah teknikal dari pihak Astro. Harap maklum

    ReplyDelete
  7. CADANGAN : MINTA LIBRARY PASANG LOCENG ATAU APA - APA ALAT YANG MEMUDAHKAN BERHUBUNG DENGAN STAF DI PINTU PEJABAT LIBRARY DI TINGKAT 1.DAH TAK LARAT NAK KETUK DAN BERI SALAM, TUNGGU DEKAT 1/2 JAM TAK TENTU ADA ORANG BUKA PINTU LAGI...HARAP MAKLUM..

    ReplyDelete
  8. untuk makluman,bagi ruang perpustakaan di tingkat 1 menempatkan Pejabat Pentadbiran Perpustakaan.kebanyakkan tetamu / pelawat yg berurusan adalah drpd pembekal (yg telah membuat temujanji) atau staf universiti (yg mempunyai akses utk masuk ke perpustakaan).pelajar tidak dibenarkan masuk melainkan mempunyai urusan.sebarang masalah boleh rujuk kepada Kaunter Perkhidmatan Akses terlebih dahulu.maaf atas kesulitan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...