Thursday, February 18, 2010

Majlis Perpisahan Unit Penerbitan @ Perpustakaan UniMAP






12 Februari 2010, merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh semua staf Perpustakaan terutamanya tiga orang staf dari Unit Penerbitan UniMAP yang bernaung dibawah Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis sejak dari awal penubuhannya. Kini semuanya akan menjadi kenangan yang terindah dan tidak dapat dilupakan oleh semua warga Perpustakaan. Unit Penerbitan Universiti Malaysia Perlis tidak lagi bernaung dibawah Jabatan Perpustakaan kerana mereka telah berpindah ke pejabat baru yang terletak di Jalan Seriab, Kangar Perlis. Sedikit majlis meraikan mereka bertiga telah diadakan dan dihoskan oleh Kelab Kakitangan Dan Kebajikan Perpustakaan UniMAP (3K) bertempat di Perpustakaan. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan rasmi dan ucapan penghargaan terima kasih yang telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Mazmin Mat Akhir kepada mereka bertiga dan diteruskan dengan ucapan balas oleh Encik Zulhillizan Osman selaku Pegawai Penerbitan bagi pihak staf Unit Penerbitan. Sehubungan itu, Perpustakaan UniMAP merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka bertiga yang telah bersama dengan begitu lama dan umpama sebuah keluarga besar di Perpustakaan. Justeru, jasa dan pengorbanan mereka bertiga kepada warga Perpustakaan tidak ternilai harganya. Semua warga Perpustakaan mendoakan kesejahtera hidup dan kemakmuran bekerja ditempat mereka yang baru. Selamat maju jaya kami ucapkan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

5 comments:

  1. takdak ler pakar grafik yg tak kedekut ilmu ka lib ni....

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan kenyataan anda.. Satu kehilangan yang besar kepada kita semua..

    ReplyDelete
  3. yus dok buat muka sedih buleh.. dlm ati syok ya amat.. huhu..

    ReplyDelete
  4. btul2, buat sedih konon....padahal hureeyyyy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...