Wednesday, February 3, 2010

Pusat Sumber Anjung UniMAP, Kulim, Kedah Darul Aman.





02 Februari 2010, Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis dengan bangganya telah membangunkan sebuah lagi tempat dan kemudahan khususnya kepada komuniti UniMAP sebagai tempat rujukan ilmiah dan sumber ilmu serta lebih tepat lagi dipanggil Pusat Sumber yang terletak di Anjung Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kulim, Negeri Kedah Darul Aman. Pembangunan Pusat Sumber ini bertepatan dengan hasrat Universiti dan Perpustakaan dalam menjadikan warga UniMAP kaya dengan ilmu pengetahuan khususnya kepada pelajar-pelajar yang menjalankan pengajian luar kampus dan menjalankan latihan amali di sekitar Taman Teknologi Tinggi Kulim. Majlis Perasmian Anjung UniMAP, Kulim telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Tuanku Canselor UniMAP pada 02 Februari 2010. Turut berangkat dalam majlis tersebut ialah DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahril Akashah selaku Pro Canselor UniMAP. Kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber ini ialah empat unit komputer, bahan-bahan rujukan pelbagai bidang dan buku-buku yang diterbitkan oleh pihak Universiti. Justeru, adanya Pusat Sumber ini akan memudahkan lagi pelajar-pelajar UniMAP menjalankan pengajian dan kajian dalam bidang yang mereka pelajari.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...