Thursday, November 26, 2009

Lawatan Benchmarking Perpustakaan UniMAP ke Perpustakaan Tun Sri Lanang, Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Perpustakaan USIM





21 - 23 November 2009, Perpustakaan UniMAP telah mengadakan lawatan benchmarking ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (Universiti Kebangsaan Malaysia), Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Universiti Putra Malaysia) dan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Objektif utama lawatan tersebut bertujuan mengukur tahap perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna dan juga kemudahan terkini yang terdapat di perpustakaan tersebut serta membuat penanda aras berkaitan perkhidmatan perpustakaan. Sehubungan itu, banyak perkara yang dapat dikongsi bersama semasa melakukan kunjungan ke semua perpustakaan tersebut. Justeru, lawatan benchmarking ini amat memberi kesan yang positif kepada semua warga Perpustakaan UniMAP kearah memberikan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti kelas pertama kepada semua pengguna. Semoga lawatan ini memberikan input yang positif dalam memajukan Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

3 comments:

  1. Semoga lawatan benchmarking ini akan memberikan input yang positif serta memajukan staf kearah perkhidmatan yang cemerlang dan terbilang. Majulah Perpustakan UniMAP..

    ReplyDelete
  2. Banyak yang kita pelajari dan nikmati.

    ReplyDelete
  3. lawatan adalah satu cara bagaimana sesuatu perpustakaan dapat meningkatkan lagi kualiti kerja serta membina "teamwork" agar sesebuah perpustakaan itu dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...