Wednesday, July 15, 2009

Taklimat Orentasi Perpustakaan Sidang Akademik 2009 /2010.





Bermula dari 06 hingga 10 Julai 2009 yang lalu, sesi taklimat orentasi Perpustakaan kepada pelajar-pelajar baru sidang akademik 2009 / 2010 telah diadakan dengan jayanya. Objektif dan tujuan taklimat ini diadakan untuk mendedahkan kepada pengguna cara mencari bahan dan menerokai maklumat yang terdapat di Perpustakaan khususnya kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar di UniMAP. Taklimat tersebut telah diadakan pada sesi siang hari dan juga pada waktu malam. Lokasi taklimat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut, Dewan Jalan Semarak, Dewan Dragon, Dewan Seberang Ramai, Dewan Taman Muhibbah dan Dewan Kubang Gajah. Beberapa orang Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan telah ditugaskan untuk menyampaikan taklimat tersebut sepanjang sesi berlangsung. Disamping itu, semasa taklimat berlangsung, peraduan Library Scanvenger Hunts turut diadakan. Para Pelajar perlu menjawab beberapa soalan didalam peraduan tersebut dimana, soalannya berkaitan dengan taklimat yang disampaikan. Borang soal selidik turut diedarkan kepada para pelajar untuk mendapatkan maklum balas pengguna terhadap Perpustakaan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

6 comments:

  1. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.. Good Luck..

    ReplyDelete
  2. En. Azhar sebagai seorang penceramah.. Hehe

    ReplyDelete
  3. En. Azhar tu tgh angkat sumpah ker?...huhuhu

    ReplyDelete
  4. "betui saya xtipu"..tu la ayat dia..heheh

    ReplyDelete
  5. Bukan angkat sumpah, gaya penyampaian tu.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...