Friday, July 17, 2009

Operasi di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Cawangan Kuala Perlis.

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP

Untuk makluman semua pelajar dan staf UniMAP, pihak pengurusan telah memutuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali Ke-62 (Bil.3/2009), bahawa Perpustakaan UniMAP tidak lagi menawarkan kemudahan ruang bacaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Cawangan Kuala Perlis bermula Semester ini. Sehubungan itu, para pelajar UniMAP boleh memanfaatkan kemudahan perpustakaan berkenaan setiap hari (kecuali Sabtu-Ahad) yang beroperasi dari jam 8.30 pagi - 5.00 petang. Hal ini, sejajar dengan langkah Perpustakaan untuk menawarkan kemudahan dan perkhidmatan di ruang tambahan yang baru di Perpustakaan bermula pada Ogos 2009. Sekian, harap maklum.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

2 comments:

  1. Memang dah x buka terus ker Library kat Kuala Perlis tu? Sbb pernah tnya kat kaunter, org kat situ cakap buka minggu exam ngan study week jer...

    ReplyDelete
  2. Pembetulan: Perkhidmatan dibawah tanggungjawab Perpustakaan UniMAP hanya akan dibuka pada minggu exam dan study week. Terima kasih kerana bertanya. Harap maklum.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...