Friday, June 19, 2009

Staf UniMAP Ke Seminar Kebangsaan Pembantu Perpustakaan 2009.





Perpustakaan masa kini berhadapan dengan pelbagai perubahan persekitaran seperti evolusi teknologi dan pencapaian ilmu, peningkatan jangkaan pengguna terhadap perkhidmatan maklumat dan keperluan kemahiran menggunakan teknologi serta alat-alat untuk memperoleh, mengelola dan menyediakan maklumat.

Sejajar dengan cabaran tersebut, buat pertama kalinya, satu seminar yang khusus dalam membincang dan mendalami profesyen Pembantu Perpustakaan peringkat kebangsaan diadakan dari 02 - 04 Jun 2009 di Hotel City Bayview, Kuah, Pulau Langkawi, Kedah. Seminar tersebut telah dianjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Dua orang staf dari Perpustakaan UniMAP telah menghadiri seminar tersebut iaitu En. Mohd Fazlullah Mohd Zain dan En. Syed Mohd Helmi Syed Azmi.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut iaitu:

Kertas Kerja 1 : Peranan Pembantu Perpustakaan dalam era perpustakaan masa hadapan.
Y.M Prof. Dato' Dr. Raja Abdullah Raja Yaakob
(Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara)

Kertas Kerja 2 : Trend dan cabaran teknologi maklumat masa kini.
Prof. Madya Dr. Juhana Salim
(Ketua Jabatan Sains Maklumat, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Kertas Kerja 3 : Komunikasi efektif kearah perkhidmatan berkualiti.
Dr. Hj Syd Abdul Rahman Hj. Syd Zin
(Pensyarah Kanan, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia)

Kertas Kerja 4 : Islam, iman dan ihsan dalam pekerjaan.
Tuan Syeikh Ahmad Fisol Omar
(Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Kedah)

Kertas Kerja 5 : Integriti teras modal insan berkualiti.
Tuan Haji Elias Zakaria
(Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia)

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

4 comments:

  1. macam best ja p kat pantai tu....boleh tau kt pantai mana yg bergambar ramai2 tu??

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman anda, pantai tersebut terletak di Pulau Beras Basah, Pulau Langkawi.

    ReplyDelete
  3. Tahniah diucapkan kepada dua orang pembantu perpustakaan yang telah terpilih untuk menyertai seminar tu...ambil lah segala ilmu yang dicurahkan supaya menjadi pembantu perpustakaan yang terbaik...bukan senang nak dapat keistimewaan macam tu,ramai lagi yang berminat tapi tak berkesempatan...renung2kan dan selamat beramal...

    ReplyDelete
  4. Sy amat bersetuju dengan pendapat diatas, masih ramai yang 'teringin' nak merasa suasana berseminar dan mendalami ilmu yang disampaikan supaya kita sama-sama dapat mempraktikan di Perpustakaan kita. Semoga ada rezeki kita dimasa akan datang. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...