Monday, June 29, 2009

Pameran Perpustakaan Sempena Minggu Suai Kenal Pelajar-Pelajar Baru Sesi 2009/2010





28 Jun 2009, Perpustakaan sekali lagi mengambil bahagian dalam aktiviti pameran sempena Minggu Suai Kenal Pelajar-Pelajar Baru Sidang Akademik 2009/2010 bertempat di Kolej Kediaman Kampung Wai, Kuala Perlis. Aktiviti tersebut merupakan salah satu acara tahunan di dalam kalendar Perpustakaan dan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan Perpustakaan kepada pengguna khususnya kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar ke UniMAP. Ruang pameran Perpustakaan telah dihiasi dengan maskot 'ladybird' dan bertemakan 'library... where your imagination takes flight'. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail, Tuanku Canselor UniMAP berkenan mencemar duli dan berangkat hadir ke ruang pameran Perpustakaan. Baginda tertarik dengan maskot 'ladybird' yang dihasilkan oleh staf Perpustakaan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

15 comments:

  1. ewah ewah...fendi ngan siwa tu sepadan sungguh no....

    ReplyDelete
  2. mana gambar staf shif petang ni? x adil la cam nie.....

    ReplyDelete
  3. kalau nak tempah ladybird tu bole? nak wat hiasan kat rumah.

    ReplyDelete
  4. nape ladybird tu xder sesungut? nampak macam labi-labi la bila xder sesungut...

    ReplyDelete
  5. Gambar yang diambil pada sesi pagi dan petang hanya sebahagian saja yang ada, yang lain semuanya tidak jelas. Harap maaf..

    ReplyDelete
  6. Sesungut ladybird tidak sempat diletakkan kerana mengalami sedikit masalah teknikal semasa ianya dihasilkan..

    ReplyDelete
  7. dah rupa labi2 gergasi...muahaha

    ReplyDelete
  8. rupa labi2 pon takpe dari tadak rupa langsung

    ReplyDelete
  9. Betul-betul, saya setuju sangat2..

    ReplyDelete
  10. tahniah kepada team yang menjayakan program ni

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kepada Unit Perkhidmatan Akses (UPA) kerana berjaya mengadakan pameran pada hari tersebut. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan pameran pada minggu suaikenal tahun ini. Semoga berjaya..

    ReplyDelete
  12. awat komen kt ats tu cm pelik ja..haha..

    ReplyDelete
  13. apa yang peliknya???

    ReplyDelete
  14. 2 org yang bergambar ngan ladybird tu dua bradik ka? ke kembar?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...