Monday, May 25, 2009

Perpustakaan UniMAP Menerima Empat Pelajar Praktikal Dari UiTM.

25 May 2009, Ucapan selamat datang pembuka bicara. Itulah ungkapan pertama dari kami warga Perpustakaan UniMAP. Perpustakaan UniMAP sekali lagi menjadi pilihan empat orang pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Kampus Merbok, Kedah Darul Aman untuk menjalani latihan praktikal bagi jurusan Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian). Mereka yang dimaksudkan ialah Encik Hushairi Bin Salleh, Cik Nur Izzaura Binti Maharuddin, Cik Jashira Binti Jamin dan Cik Nor Shafira Binti Yahya. Hari ini merupakan hari pertama mereka melaporkan diri di Perpustakaan. Sesi perjumpaan dan taklimat ringkas bersama Ketua Pustakawan telah dilaksanakan pagi tadi. Disamping itu, mereka telah dibawa berkenalan dengan semua staf Perpustakaan, melawat ke unit dan lokasi utama di Perpustakaan UniMAP. Taklimat mengenai penyusunan bahan dan penyelengaraan koleksi telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin, Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Oleh itu, Perpustakaan mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal kepada semua pelajar tersebut.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

10 comments:

  1. Salah tu...mana ada Universiti Institut Teknologi MARA...yg ada Universiti Teknologi MARA...ayat INSTITUT dh lama x pakai la...tatabahasa pn salah juga tu..."semua pelajar-pelajar"...ayat "semua" dh merujuk kpd bnyk/ramai....ayat "pelajar-pelajar" pn menunjukkan bnyk/ramai...guna salah satu ja...samada "semua pelajar" @ "pelajar-pelajar"...sekian saja utk hari ini...pesanan dari pakar-pakar bahasa,semak ayat dan tatabahasa sblm upload artikel...=)

    ReplyDelete
  2. Ayat didalam artikel tersebut telah dibuat pindaan dan pembetulan. Harap maklum.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. xcited nak letak artikel baru, tu y silap tu..pasni berhati2 yek cik roy....

    ReplyDelete
  4. y pompuan tu smua cik-cik lagi...jgn ada staf library p duk mengayat dah....karang p duk ajaq menda lain pulak...

    ReplyDelete
  5. Ya, sy sentiasa berhati-hati didalam apa jua keadaan, jika tersilap langkah juga, mohon teman-teman membantu sy.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Kita kena bantu mereka dalam menjalani latihan praktikal supaya mereka dapat mengalami sendiri pengalaman bekerja yang sebenar-benarnya.

    ReplyDelete
  7. mana gambar pelajar2 praktikal tu? slalu ada gambar...

    ReplyDelete
  8. Gambar akan di up-load sedikit masa lagi, terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Wahh...~ cam best ja 4 org praktikal skali.... Teringt pulak masa kami praktikal dlu heee... MMG BEST!

    ReplyDelete
  10. boleh x..budak marketing student buat praktikal kt situ???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...