Thursday, December 11, 2008

E-Resources: Capaian kepada sumber maklumat elektronik

Selain bahan bercetak seperti buku dan lain-lain, Perpustakaan UniMAP juga menyediakan kemudahan sumber maklumat dalam format elektronik kepada para pengguna perpustakaan. Perpustakaan telah melanggan lebih dari 20 pangkalan data yang memuatkan koleksi dalam format elektronik seperti e-buku, e-jurnal, tesis, ensiklopedia, kamus dan lain-lain.

Sehingga September 2008, Perpustakaan menawarkan 56,534 judul e-buku dan 8,642 judul e-jurnal yang boleh diakses secara atas talian. Pengguna yang tidak berkesempatan untuk datang ke perpustakaan masih boleh mendapatkan maklumat untuk tujuan penyelidikan mereka dengan hanya mengakses kepada sumber elektronik perpustakaan dari mana-mana sahaja dengan menggunakan internet. Inilah yang dikatakan maklumat dihujung jari.

Untuk mengakses kepada pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan sama ada dari dalam atau luar UniMAP Perpustakaan menyediakan perkhidmatan Ezproxy. Ezproxy boleh diakses melalui pautan e-Resources yang terdapat di laman web perpustakaan dengan memasukkan kata nama dan kata laluan terlebih dahulu. Panduan tentang kata nama dan kata laluan ada diberikan pada laman tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Runding Maklumat di talian 04-9798601 atau email kepada rujukan@unimap.edu.my

Maziah binti Md Isa
Unit Runding Maklumat,
Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

4 comments:

  1. Syabas dan tahniah kepada Perpustakaan kerana menyediakan satu platform yang mudah kepada semua pengguna yang berdaftar dengan UniMAP untuk mengakses pengkalan data elektronik di dalam mahupun di luar negara melalui Ezproxy. Pertanyaan - Sy dah masukkan kata nama dan kata laluan seperti contoh yang disediakan tetapi tetap tak boleh nak log in jugak. Kenapa ianya terjadi dan bagaimanakah cara untuk menyelesaikannya? Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman akaun Ez-proxy tidak aktif secara automatik. Untuk mengkatifkan akaun anda, hantarkan maklumat seperti nama penuh, username emel unimap, no. kad pengenalan dan no. matriks atau staf ke rujukan@unimap.edu.my. Sebarang persoalan bolehlah mengubungi Unit Runding Maklumat Perpustakaan di talian 04-9798553.

    ReplyDelete
  3. can i access directly the e-resources through the portal?

    ReplyDelete
  4. Yes of course. At Portal UniMAP click to 'Library' tab. Then, click to 'Library e-Resources'. After you enter your username and password you will find a list of databases to choose from. Any assistance please contact me at 9798601 or rujukan@unimap.edu.my. Thank you

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...