Monday, December 1, 2008

Kaunter Runding Maklumat : Apa fungsinya?

Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di sini?
Untuk makluman Kaunter Runding Maklumat juga berfungsi sebagai kaunter pertanyaan di Perpustakaan. Namun memandangkan perkhidmatan seperti penasihat pembaca dan lain-lain yang berbentuk rujukan juga ditawarkan di sini maka Runding Maklumat adalah terma yang sesuai digunakan. Kaunter Runding Maklumat adalah di bawah tanggungjawab Unit Runding Maklumat, Perpustakaan.

Berikut adalah perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Unit Runding Maklumat:
• Penasihat pembaca
• Runding Maklumat & Rujukan
• Program Literasi Maklumat
• Bengkel EndNote
• Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)
• Perkhidmatan Atas Talian
• Cetakan Rangkaian

`Kami Sedia Membantu Anda`

Akmal Hafizal Bin Abd Hadi
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan UniMAP

2 comments:

  1. Bagaimana caranya nak request untuk mengadakan bengkel endnote untuk para pelajar?

    ReplyDelete
  2. Pengguna boleh menghubungi Unit Runding Maklumat ditalian 04-9798553/8601/8133 atau datang terus ke Kaunter Runding Maklumat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bengkel Endnote ataupun untuk tujuan memohon mengadakan bengel endnote. Biasanya bengkel ini diadakan di Bilik CAI Perpustakaan dan bengkel hanya akan dijalankan sekiranya terdapat minima 8 orang peserta dan tidak melebihi 15 orang peserta pada satu-satu masa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...