Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52


1


MALAYSIA


"Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan"


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52 dari kami warga
Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak



Warga Perpustakaan UniMAP dengan penuh syukur dan ikhlas mengucapkan Selamat Berpuasa dan Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua warga UniMAP yang beragama Islam. Raikanlah bulan yang mulia ini dengan penuh keberkatan semoga kita mendapat rahmat dan hidayah dari yang maha Esa.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, August 17, 2009

Penghayatan Objektif Kerja Ke Arah Budaya Khidmat Pelanggan Kelas Pertama



19 - 20 Ogos 2009, Dua orang staf Perpustakaan UniMAP iaitu Encik Royifazulmaldy Bin Zakaria dan Encik Shazmil Yusri Bin Shukor telah menyertai Kursus Penghayatan Objektif Kerja Ke Arah Budaya Khidmat Pelanggan Kelas Pertama anjuran Puncak Idea Seminar yang telah diadakan di The Coronade Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua hari. Pelbagai maklumat dan juga input yang positif telah dipelajari sepanjang kursus tersebut berlangsung. Puan Zakiah Zainul selaku penceramah badan korporat yang mengendalikan kursus tersebut memberikan impak yang amat berkesan kepada 10 orang peserta yang terdiri daripada staf Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bahagian Kewangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Majlis Daerah Bachok Kelantan Darul Naim.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Kunjungan Rukun Tetangga Taman Parit Jaya, Parit, Perak Darul Ridzuan.





16 Ogos 2009, Perpustakaan UniMAP dengan sukacitanya mengalukan kunjungan deligasi Rukun Tetangga Taman Parit Jaya, Parit, Perak Darul Ridzuan. Deligasi terdiri dari 30 orang telah di sampaikan taklimat berkaitan koleksi dan perkhidmatan Perpustakaan oleh En. Md Nizam Azid, Pustakawan Unit Runding Maklumat dan di bantu oleh beberapa orang pembantu perpustakaan iaitu Encik Royifazulmaldy dan Puan Rohaya. Mereka telah dibawa melawat sekitar Perpustakaan. Mengakhiri majlis sesi penyampaian cenderamata dan bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, August 10, 2009

Remy Dalam Kenangan..



Mohd Fadzlihaimi Bin Jamaludin atau lebih mesra dikenali dengan panggilan 'Remy' telah diputerakan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau mula berkhidmat dengan Perpustakaan UniMAP pada 02 Mac 2009. Beliau telah ditempatkan di Unit Repositori Digital dan Media, Perpustakaan UniMAP. Bakat beliau amat terserlah dalam acara sukan sepak takraw dan banyak mewakili UniMAP ke perlawanan seperti Sukan Staf Universiti-Universiti Malaysia, MAKSUM dan perlawanan persahabatan serta keistimewaan beliau boleh juga bernyanyi. Beliau juga merupakan seorang yang mudah mesra dan suka berjenaka. Tanggal 05 Ogos 2009 beliau telah menamatkan perkhidmatan dengan Perpustakaan UniMAP khususnya dan Universiti Malaysia Perlis amnya kerana beliau telah bertukar bidang kerjaya. Beliau telah menceburi dalam bidang keselamatan negara iaitu berkhidmat dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Kami warga Perpustakaan mengucapkan selamat bertugas dan selamat maju jaya. Jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmata Akses (UPA)

Friday, July 31, 2009

Jasamu Dikenang Hingga Ke Akhir Hayat..




Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin, Ketua Pustakawan Pertama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah diputerikan di Negeri Pulau Pinang. Negeri Perlis bukan asing bagi beliau kerana pendidikan awalnya bermula di negeri ini. Minat untuk menjadi pustakawan berputik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Beliau amat berterima kasih kepada guru darjahnya Cik Lau (kini Puan Choo) kerana memupuk semangat suka membaca dan mencintai buku.

Minatnya yang mendalam dalam bidang sains perpustakaan mendorong beliau bekerja di Perpustakaan Univesiti Sains Malaysia (USM) sebaik saja mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pada 1974 dari universiti yang sama. Oleh sebab beliau tiada kelayakan profesional dalam bidang sains perpustakaan, beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir, walaupun bidang tugas yang dipikulnya ialah bidang tugas pustakawan. Setelah bekerja hampir dua tahun, beliau diberi peluang mengikuti kursus profesional dalam bidang sains perpustakaan di London.

Sekembalinya dari London dengan Post-Graduate Diploma in Librarianship, beliau terus menyerlah kerana mendapat kenaikan pangkat beberapa kali. Dalam bulan Januari 1978, beliau dilantik sebagai Penolong Pustakawan (A22) di Bahagian Perolehan. Dalam bulan April tahun yang sama, beliau naik pangkat sebagai Penolong Pustakawan (A19) dan ditugasi mengetuai Bahagian Koleksi Bahasa Malaysia. Pada tahun 1982, pangkat beliau sekali lagi dinaikkan menjadi Penolong Pustakawan Kanan (A11) di Bahagian Perolehan.

Apabila USM membuka cawangan kejuruteraannya di Perak pada tahun 1986 beliau menjadi orang yang pertama diberi tanggungjawab mengurus hal-ehwal pentadbiran perpustakaan. Jawatan yang disandang pada ketika itu ialah Ketua Penolong Pustakawan (A10). Jawatan terakhirnya sebelum melangkah ke UniMAP ialah Timbalan Ketua Pustakawan di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal. Bakti yang ditabur selama 28 tahun di USM, diiktiraf pihak pengurusan dan beliau diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali iaitu pada 1994 dan 1999. Dalam tahun 1996, beliau dianugerahi Pingat AMP oleh D.Y.M.M Sultan Perak, Raja Azlan Shah sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-68..
Sebagai orang pertama yang mentadbir Perpustakaan UniMAP, beliau menyifatkan dirinya sebagai perintis dalam usaha membangunkan perpustakaan akademik. Cabaran demi cabaran dilaluinya dengan penuh kesabaran. Beliau bertuah mempunyai staf yang komited dan berdedikasi yang sama-sama berganding tenaga demi menjulang nama Perpustakaan UniMAP.

Sebagai Perpustakaan yang dibangunkan dalam era digital, beliau memastikan bahawa Perpustakaan dilengkapi dengan teknologi terkini. Para pelajar dan staf memerlukan kad pintar untuk memasuki perpustakaan. Pelanggan Perpustakaan tidak perlu beratur panjang untuk meminjam buku kerana mesin layan diri disediakan. Capaian bahan-bahan elektronik melalui Ez-proxy boleh dibuat sepanjang masa (24 jam/7 hari seminggu) tanpa mengira di mana jua warga UniMAP berada. Bagi memudahkan pensyarah dan mahasiswa menyenaraikan bahan-bahan rujukan dalam tugasan, kerta kerja dan laporan, Perpustakan UniMAP telah menyediakan perisian bibiliografi yang dikenali sebagai Endnote. Perpustakaan juga mempunyai Sistem Repositori Digital yang terkini.

Sebagai menghargai perkhidmatan beliau, UniMAP telah menganugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepadanya pada tahun 2002. Sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M. Raja Perlis ke-62, beliau dianugerahi Pingat AMP pada tahun 2004. Beliau bersara wajib pada tahun 2005 dan perkhidmatanya disambung atas dasar kontrak selama empat tahun sehinggalah pada jam 5.30 petang 30 Julai 2009 maka berakhirlah perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pustakawan UniMAP.

Kini beliau boleh berbangga dengan apa yang ditinggalkan semasa legasi beliau sebagai Ketua Pustakawan Pertama UniMAP. Warga Perpustakan mengucapkan selamat bersara kepada Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin atau lebih dikenali dengan panggilan mesra oleh semua staf iaitu 'Hajjah'. Segala jasa dan pengorbanan beliau kepada Perpustakaan UniMAP khususnya dan Universiti Malaysia Perlis amnya akan kami kenang hingga ke akhir hayat.
Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu Layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu Rinduan
Kekanda Ditebat Adinda Dilawa
Di Bumi Padi Menusuk Bakti
Wajah Terpahat Di Dada Jiwa
Jasa Bersemadi Di Lubuk Hati

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Lawatan Kerja Staf Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.





30 Julai 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan deligasi staf dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh, Perlis. Taklimat berkaitan Perpustakaan telah disampaikan oleh En. Md Nizam Azid dan dibantu oleh beberapa orang Pustakawan yang lain. Deligasi telah dimaklumkan tentang perkembangan sistem, pengkalan data dan pelbagai jenis kemudahan yang terdapat didalam Perpustakaan. Mereka kemudiannya dibawa melawat sekitar Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...