Friday, June 19, 2015

Ujian Muet Kertas 800/2 (Speaking) Sesi Julai 2015 Di Pusat Ujian MR0040 Dan MR0041 UniMAP

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

Kepada : Semua Pelajar UniMAP Yang Mendaftar Ujian MUET Kertas 800/2 (Speaking) Sesi Julai 2015

REMINDER 1 : HEBAHAN BERKAITAN UJIAN MUET KERTAS 800/2 (SPEAKING) SESI JULAI 2015 DI PUSAT UJIAN MR0040 DAN MR0041 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian MUET Kertas 800/2 (Speaking) Sesi Julai 2015 di Pusat Ujian MR0040 dan MR0041 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan dijalankan seperti butiran tersebut di bawah:

Centre A (MR0040)

Tarikh : 15,16,22,23,24 dan 25 Jun 2015
Masa   : mengikut masa yang telah dinyatakan dalam slip MUET calon
Tempat : BKK D1 & BKK D2, Jln Kangar - Alor Setar, Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT)

Centre B (MR0041)

Tarikh : 24 dan 25 Jun 2015
Masa   : mengikut masa yang telah dinyatakan dalam slip MUET calon
Tempat : BKK D3 & BKK D4, Jln Kangar - Alor Setar, Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT)

3.  Sehubungan itu, semua pelajar UniMAP yang telah mendaftar untuk menduduki ujian ini adalah dipohon untuk mengambil perhatian tentang lokasi dan masa ujian dijalankan seperti mana yang dinyatakan di atas.

4.    Semua calon hendaklah mematuhi etika pakaian semasa menghadiri ujian iaitu berpakaian kemas dan formal (jeans dan selipar tidak dibenarkan). Calon dinasihatkan untuk berada di lokasi ujian 30 minit sebelum ujian bermula.

5.   Sebarang pertanyaan lanjut berhubung ujian ini bolehlah menghubungi Pn. Afifah Azmi di Pusat Bahasa Antarabangsa, di talian (04) 976 7391/7385.

Sekian, untuk perhatian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...