Wednesday, June 3, 2015

Tawaran Menyambung Pengajian Peringkat Sarjana Sains (Matematik Kejuruteraan) Secara Mod Campuran Kemasukan Januari 2016

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,


KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UNIMAP

TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA SAINS (MATEMATIK KEJURUTERAAN) SECARA MOD CAMPURAN KEMASUKAN JANUARI 2016

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Program Sarjana Sains (Matematik Kejuruteraan) dibuka kepada staf dan pelajar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Matematik, Statistik, Sains, Sains Komputer dan Kejuruteraan. Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti di atas dengan minimum CGPA 2.75 dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan atau Senat Universiti; atau

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti di atas dengan minimum CGPA 2.50 dan tidak mencapai CGPA 2.75, akan dipertimbangkan tertakluk kepada penilaian dalaman oleh Senat Universiti; atau

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti di atas dengan CGPA kurang daripada 2.50 dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan; atau

Kelayakan setara yang diiktiraf oleh Senat Universiti.

3. Calon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan dari http://cgs.unimap.edu.my/index.php/en/form . Borang yang lengkap hendaklah di hantar ke Pusat Pengajian Siswazah, UniMAP.

4. Calon juga boleh memohon bantuan kewangan dari KPM seperti Mybrain15 dan PTPTN.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Ahmad Kadri Junoh di talian 04-9885708 atau email kepada kadri@unimap.edu.my . Calon juga boleh melayari laman web http://imk.unimap.edu.my/index.php/postgraduate-studies untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...