Monday, July 21, 2014

TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA : MBA 4+1 BAGI KEMASUKAN OKTOBER SESI AKADEMIK 2014/2015 [TERBUKA KEPADA PELAJAR UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA]


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam UniMAP Dekat Di Hati, 


KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP 

TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA : MBA 4+1 BAGI KEMASUKAN OKTOBER SESI AKADEMIK 2014/2015 [TERBUKA KEPADA PELAJAR UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA]

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar tahun akhir bagi pelajar Kejuruteraan dan Perniagaan (Keusahawanan Kejuruteraan) UniMAP (tahun akhir sahaja) untuk menyambung pengajian ke Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Kejuruteraan) bagi Kemasukan Oktober Sesi Akademik 2014/2015.

3. Calon-calon boleh mula memohon sekarang dan tarikh akhir permohonan adalah 2hb September 2014. Syarat kemasukan adalah memperolehi CGPA 2.5 ke atas, bagi keputusan terkini Julai 2014.

4. Sumber kewangan yang mudah diperolehi iaitu tajaan KPT Mybrain15 – Mymaster dan PTPTN ditawarkan kepada calon pelajar yang mengikuti program ini.

5. Permohonan yang lengkap boleh diserahkan terus ke Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT). Sebarang pertanyaan, sila hubungi, Cik Hafizah binti Abdul Rahim 049797715 / 019-2882418/(hafizahrahim@unimap.edu.my) atau Dr. Abdullah Osman 04-9797719 / 019-5128987/(abdullahosman@unimap.edu.my).

Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...