Monday, July 21, 2014

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2013/2014 PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2013/2014 PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2013/2014 pelajar program Ijazah Sarjana Muda akan dikeluarkan secara 'online' pada 21 Julai 2014 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my/ .

3. Adalah dimaklumkan juga bahawa keputusan peperiksaan boleh diperolehi melalui perkhidmatan SMS. Sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas.

4. Sebarang aduan atau rayuan semakan semula keputusan peperiksaan perlu dihantar secara rasmi (melalui surat) kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis atau e-mel kepada unitexam@unimap.edu.my . Tarikh tutup rayuan adalah pada 5 Ogos 2014. Sila rujuk borang permohonan rayuan HEA-15m_BM seperti yang dilampirkan di atas.

5. Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .

Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...