Tuesday, January 21, 2014

Makluman Permohonan Kemasukan Ke UniMAP, IPTA Lain Dan Politeknik Bagi Sidang Akademik 2014/2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP


MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UniMAP, IPTA LAIN DAN POLITEKNIK BAGI SIDANG AKADEMIK 2014/2015

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke UniMAP, IPTA lain dan Politeknik bagi Sidang Akademik 2014/2015 akan dibuka pada 20 JANUARI 2014 (ISNIN) HINGGA 7 APRIL 2014 (ISNIN).
Sehubungan itu, pemohon-pemohon yang berkelayakan SPM/Sijil/setaraf atau STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM/Diploma/setaraf adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian peringkat Diploma/Asasi atau Ijazah Sarjana Muda yang dibuka secara online melalui website UPU di http://upu.moe.gov.my 
Sila rujuk iklan permohonan untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan dan syarat-syarat kemasukan.
PERINGATAN KEPADA CALON LEPASAN DIPLOMA:

Bagi calon lepasan Diploma, permohonan melalui UPU online adalah dibuka kepada calon-calon yang telah TAMAT PENGAJIANsahaja. Calon-calon yang masih mengikuti pengajian atau berada di semester akhir sehingga tarikh tutup permohonan TIDAK LAYAK memohon dan boleh memohon pada sidang hadapan sehingga keputusan peperiksaan terakhir peringkat Diploma diperolehi.

Walau bagaimanapun, bagi pelajar-pelajar program Diploma UniMAP yang berada di semester akhir dan berminat untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UniMAP, pelajar-pelajar adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan kemasukan secara dalaman melalui website UniMAP di www.unimap.edu.my. Permohonan ini akan dibuka mulai 15 APRIL 2014 (SELASA).Maklumat lanjut akan diberitahu kelak.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar, Perlis.

Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7845 / 8701
Faks: 04-9798703

Sekian, harap maklum. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...