Monday, November 18, 2013

UniMAP Raih Anugerah Kualiti Sirim




UniMAP Raih Anugerah Kualiti Sirim

SUBANG, 15 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya muncul satu daripada lapan pemenang utama Anugerah Kualiti SIRIM (AKS) yang julung kali diperkenalkan tahun ini dengan meraih Anugerah Kualiti Organisasi bagi kategori Agensi Kerajaan.

Anugerah tersebut merupakan inisiatif Sirim Malaysia Berhad (SIRIM) dalam mengiktiraf organisasi yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang serta pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menepati tahap standard kebangsaan dan antarabangsa.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan muncul lapan organisasi terbaik dalam anugerah berprestij seperti AKS ini merupakan pengiktirafan terbaik UniMAP apatah lagi pengukurannya dibuat berlandaskan kepada aspek kualiti.

Menurut beliau, lebih membanggakan apabila UniMAP berjaya menewaskan 20 calon lainnya bagi kategori Agensi Kerajaan sekaligus ia membuktikan universiti berkenaan telah mencapai tahap kualiti yang boleh dibanggakan.

“Sebenarnya pengukuran kualiti ini adalah sesuatu yang amat kompleks, namun saya percaya kejayaan UniMAP pada malam ini didasarkan kepada pelbagai pencapaian yang telah diraih UniMAP baik di peringakat tempatan mahupun antarabangsa.

“Walaupun UniMAP baru berusia 11 tahun, namun kejayaan yang diraih pada hari ini turut membuktikan usia bukanlah penghalang bagi sesebuah organisasi atau agensi untuk menawarkan perkhidmatan ataupun barangan yang berkualiti.

“UniMAP selepas ini, akan memberikan tumpuan yang lebih untuk memastikan setiap unit dan jabatan di universiti berkenaan menerima pengiktirafan kualiti dari SIRIM,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis SIRIM Industri 2013 yang berlangsung di Hotel Sunway Resort And Spa di sini malam ini. Majlis disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin. Turut hadir, Pengerusi SIRIM, Datuk Hajah Jamaliah Kamis dan Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM, Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof.

AKS akan dibahagikan kepada beberapa kategori bagi memastikan setiap syarikat pengeluar akan menerima pengiktirafan yang sewajarnya iaitu Anugerah Kualiti Produk (AKP) dan Anugerah Kualiti bagi Organisasi (AKO).

Daripada dua kategori itu, AKP dipecahkan kepada empat bahagian iaitu pertama, syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan melebihi RM100 juta dan kedua, syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan RM25 juta sehingga RM100 juta, ketiga, syarikat tempatan dengan nilai jualan kurang daripada RM25 juta manakala keempat ialah melibatkan syarikat asing yang diperbadankan di negara ini

Kategori AKO pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu syarikat dengan nilai jualan tahunan melebihi RM100 juta; syarikat dengan nilai jualan tahunan antara RM25 juta sehingga RM100 juta dan syarikat dengan nilai jualan tahunan kurang daripada RM25 juta.

Menurut Dr. Kamarudin, penganjuran AKS dilihat sebagai simbol pencapaian syarikat pengeluar sama ada tempatan mahu pun multinasional dalam persaingan dalam menghasilkan produk dan pengurusan lebih berkualiti.

Katanya lagi, pengiktirafan ini juga diharap dapat mencetuskan gelombang dalam kalangan pemain industri untuk mementingkan budaya kualiti dalam kalangan organisasi dan industri bagi meningkatkan prestasi kualiti produk dan perkhidmatan secara keseluruhan


“Selain AKO, UniMAP juga turut meraih satu lagi anugerah sampingan pada malam ini menerusi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berjaya memperolehi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...