Wednesday, July 17, 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP Dan Permohonan Rayuan Kemasukan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

KEPASA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP DAN PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014 [TERBUKA KEPADA PELAJAR DIPLOMA UniMAP TAMAT PENGAJIAN SAHAJA]

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan pelajar-pelajar Diploma UniMAP yang membuat permohonan program ijazah UniMAP boleh menyemak keputusan permohonan mulai 12 Julai 2013 (Jumaat) melalui website http://offer.unimap.edu.my/.

3.Bagi pelajar-pelajar yang tidak berjaya, pelajar-pelajar boleh membuat permohonan rayuan kemasukan melalui Online Student Information (OSI) di http://osi.unimap.edu.my/. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Diploma UniMAP (tamat pengajian sahaja) untuk mengikuti pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP bagi Sesi Akademik 2013/2014.

4. Calon-calon boleh mula memohon pada 19 Julai 2013 (Jumaat). Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2013 (Khamis).

5. Hanya calon yang memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan sahaja yang akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP. Sila rujuk syarat kemasukan yang disertakan seperti di Lampiran 1.

6. Permohonan yang lengkap perlu diserahkan ke Unit Kemasukan & Rekod Pelajar Jabatan Pendaftar seperti alamat di bawah selewat-lewatnya pada 29 Julai 2013(Isnin). Dokumen-dokumen yang Perlu di hantar adalah:

1) Slip cetakan permohonan kemasukan online ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP
2) Slip keputusan Peperiksaan Semester Satu hingga Semester Akhir peringkat Diploma UniMAP
3) Slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
4) Slip keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar Bahagian
Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar 
Tingkat 3, Bgn. KWSP, Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7845 / 8701;
Faks: 04-9798703;

Sekian,harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...