Friday, February 1, 2013

UniMAP Diberi Penarafan Cemerlang D-SETARA

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberi penarafan cemerlang iaitu tier 5 melalui Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (D-SETARA) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2013 beliau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini. 

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr Kamarudin ketika dihubungi nyata gembira dengan pencapaian universiti tersebut yang berjaya mendapat tier 5 dalam D-SETARA.  

 “Saya percaya dengan perlaksanaan D-SETARA akan memastikan peningkatan berterusan dari segi kualiti dan daya saing sesebuah institusi pengajian tinggi,” katanya. 

Prof Dr Kamarudin menambah unsur penarafan ini juga akan membantu IPT terutamanya UniMAP sebagai penanda aras untuk mencapai kualiti yang telah ditetapkan. 

“Ini secara tidak langsung dapat mengenalpasti institusi yang mempunyai kekuatan niche area yang tertentu, untuk seterusnya diberi peranan yang lebih proaktif dan yang lebih besar,” katanya.

Tambahnya lagi, kita akan meningkatkan lagi kualiti program pengajian kita bagi meningkatkan kedudukan dari tier 5 ke tier 6 pada penarafan D-SETARA yang akan datang. 

Terdahulu UniMAP diberikan penarafan tier 5 pada SETARA’11(Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi). 

Mengikut takrifan Kementerian Pengajian Tinggi, D-SETARA dan SETARA adalah berbeza dimana penarafan bagi D-SETARA adalah berdasarkan pengajian yang ditawarkan manakala SETARA yang diperkenalkan pada 2011 berfokus kepada institusi secara keseluruhan. 

Mengikut sistem D-SETARA, setiap institusi diberi penarafan berdasarkan tier 1 hingga tier 6 dimana, 1 adalah lemah, 2 (memuaskan), 3 (baik), 4 (sangat bagus), 5 (cemerlang) dan 6 (terbilang).  

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...