Wednesday, September 19, 2012

Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik Di Malaysia 2012 Kini Kembali Lagi!


SEMINAR KEBANGSAAN SUMBER ELEKTRONIK DI MALAYSIA 2012

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) dengan kerjasama Malaysian Online E-Resources Consortium (MOLEC) akan menganjurkan SEMINAR KEBANGSAAN SUMBER ELEKTRONIK DI MALAYSIA 2012 yang akan berlangsung pada 5-7 Disember 2012 bertempat di Penang Bayview Beach Resort. 
 
Antara yang menarik di SEMINAR KEBANGSAAN SUMBER ELEKTRONIK DI MALAYSIA 2012 : 

  • Hala tuju e-buku sebagai sumber ilmiah perpustakaan yang bakal dibentangkan oleh para profesional maklumat di Malaysia termasuk pembentang jemputan, Paula T. Kaufman daripada Illinois State University.
  • Pembangunan sumber ilmiah tempatan melalui sistem repositori institusi. Pelajari amalan terbaik daripada David T. Palmer, Pustakawan Sistem daripada The University of Hong Kong dan Paul Koerbin daripada National Library of Australia.
  • Perkhidmatan elektronik yang mesra pelanggan serta boleh dijadikan amalan terbaik sebagaimana bakal dibentangkan oleh profesional maklumat di Malaysia dan pembentang jemputan daripada Deakin University.

  • Pemimpin perpustakaan dan para penyelidik akan berkongsi pengalaman mengenai senario, cabaran, isu dan peluang dalam penawaran sumber elektronik.

Hantar penyertaan anda sekarang!
Dapatkan borang penyertaan anda di sini



Tarikh tutup penyertaan : 30 November 2012





Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...