Wednesday, July 25, 2012

Tayangan Filem 'Ar Risalah' Bersempena Sambutan Ihya Ramadhan 1433 H / 2012 M

Assalamualaikum dan Salam Ramadan,

Lanjutan daripada Aktiviti Ihya Ramadhan UniMAP,

TAYANGAN FILEM 'AR RISALAH' BERSEMPENA SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 1433 H / 2012 M

Bersempena sambutan Ihya Ramadhan 1433 H / 2012 M, pihak Perpustakaan akan mengadakan tayangan filem Arab yang bertajuk Ar Risalah seperti butiran berikut;

Tarikh : 30 Julai 2012
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium, Perpustakaan Utama, Kampus Pauh Putra, UniMAP

Ar Risalah mengisahkan tentang liku-liku perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. dalam menyebarkan dakwah di Mekah, Madinah dan Habsyah. Kisah-kisah sebelum kedatangan Islam, kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, penyebaran Islam, Pembukaan Kota Mekah dan banyak lagi dipaparkan untuk tatapan semua. Saksikan Ar Risalah untuk anda lebih mengenali Baginda Nabi S.A.W.

Warga UniMAP yang berminat untuk menonton filem ini adalah dijemput hadir.

Kehadiran semua siswa/i yang berkelapangan amatlah dialu2kan. ~ ^_^

Jom tonton =)
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...