Monday, July 16, 2012

Pengumuman Keputusan Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2011/2012 Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UNIMAP
 
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2011/2012 PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2011/2012 pelajar program Ijazah Sarjana Muda akan dikeluarkan secara 'online' pada 16 Julai 2012 jam 10 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my .

3.  Adalah dimaklumkan juga bahawa keputusan peperiksaan boleh diperolehi melalui perkhidmatan SMS. Sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas.

4.     Sekiranya pelajar ingin membuat rayuan semakan semula keputusan peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang HEA-15m_BM dan menghantar borang tersebut kepada Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. Para pelajar perlu membuat bayaran terlebih dahulu iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Tarikh tutup rayuan adalah pada 31 Julai 2012.

5.    Bagi pelajar-pelajar antarabangsa, slip keputusan peperiksaan juga boleh dicetak dalam versi Bahasa Inggeris. Sila gunakan link versi Bahasa Inggeris untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing.

6.    Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...