Monday, October 17, 2011

Tawaran Menjadi Ahli Bersekutu Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,



KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR TAWARAN MENJADI AHLI BERSEKUTU PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU



Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menawarkan Keahlian Bersekutu PSNZ kepada semua warga UniMAP.



Keahlian ini memberikan keistimewaan kepada ahli-ahlinya untuk menggunakan kemudahan serta perkhidmatan perpustakaan sama seperti pengguna PSNZ. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan adalah percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).



Bersama ini dilampirkan maklumat berkaitan Keahlian Bersekutu PSNZ dan juga borang
permohonan keahlian. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak PSNZ di talian 09-6684113/4185 atau layari http://psnz.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut berkenaan PSNZ.



Sekian, terima kasih.



Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan
Perkhidmatan Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...