Monday, May 9, 2011

MAKLUMAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHOHAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN SPM/SETARAF SESI 2011/2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,



MAKLUMAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHOHAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN SPM/SETARAF SESI 2011/2012



Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM/setaraf Sesi 2011/2012 telah diumumkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pengajian Tinggi mulai 6 Mei 2011.



Calon-calon yang memohon boleh mengetahui status permohonan mereka melalui laman sesawang berikut:



1) http://upu.mohe.gov.my/ (status permohonan ke semua IPTA) atau



2) http://offer.unimap.edu.my/offerletter/icdiploma.jsp (status permohonan ke UniMAP sahaja)



E-Rayuan: Bagi calon-calon yang telah memohon dan tidak berjaya boleh membuat rayuan dengan melayari http://upu.mohe.gov.my/ atau https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/rayuan.html



Tarikh tutup permohonan rayuan adalah pada 16 Mei 2011. Untuk makluman juga, permohonan rayuan ke UniMAP adalah melalui UPU online sahaja seperti pautan yang diberikan di atas.



Sekian, harap maklum.



Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...