Tuesday, December 14, 2010

Talian Hotline UniMAP Library - 604-9798269 Kini Sudah Beroperasi.

HOTLINE: 604-9798269
Sukacita dimaklumkan kepada semua komuniti UniMAP bahawasanya talian hotline untuk Kaunter Perkhidmatan Akses 604-9798269 kini sudah pulih dan beroperasi seperti biasa. Segala masalah teknikal adalah berpunca dari kejadian bencana alam yang berlaku di Perlis baru-baru ini dan menyebabkan hampir keseluruhan talian telifon di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengalami gangguan termasuk talian utama Kaunter Perkhidmatan Akses Perpustakaan UniMAP. Sehubungan itu, pihak Jabatan Perpustakaan memohon maaf diatas segala kesulitan yang dialami oleh semua pengguna. Diharapkan kejadian yang seumpama tidak berlaku lagi di masa-masa akan datang. Pihak kami sentiasa mengambil berat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Sekian, terima kasih.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...