Friday, April 23, 2010

Pesta Buku Perlis 2010


Pesta Buku Perlis 2010 merupakan pesta kali ke lapan bagi peringkat negeri. Pesta pada tahun ini adalah dijalankan bersempena 10 Tahun Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis dan akan berlangsung selama 7 hari bermula dari 21 April 2010 hingga 27 April 2010 di Dewan 2020, Kangar dan akan di dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 24 April 2010 (Sabtu).

Pesta Buku Perlis 2010 dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Perlis dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan disokong oleh Kerajaan Negeri Perlis. Badan Kebajikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dilantik sebagai pengurus acara untuk pesta ini.

Pihak penganjur akan menyediakan sebanyak 72 buah ruang pameran (booth). Pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu,Inggeris dan lain-lain bahasa juga barangan IT dan program-program pendidikan untuk semua peringkat dari pelbagai penerbit dan syarikat akan dipamer dan dijual kepada pengunjung.

Selain pameran buku, pihak penganjur akan mengatur beberapa aktiviti sampingan oleh pelajar sekolah bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini.Pelancaran Hari Buku Sedunia juga dijangka akan dijalankan di pesta ini pada 22 April 2010 ( bergantung kepada pindaan ) , urusetia pelancaran ini adalah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama urusetia pesta ini.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...