Tuesday, December 8, 2009

Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009






08 Disember 2009, Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 diadakan khusus untuk semua staf Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis. Penganjuran seminar ini berkait rapat dengan matlamat utnuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf Perpustakaan dalam aspek perkhidmatan maklumat yang merupakan proses utama (core business process) Jabatan Perpustakaan.

Objektif Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 dilaksanakan berdasarkan kepada perkara berikut:
  • Meningkatkan pengetahuan staf Perpustakaan dalam pelbagai perkhidmatan terkini yang ditawarkan.
  • Mewujudkan kesedaran tentang teknologi terkini yang dimanfaatkan di Perpustakaan.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan Perpustakaan melalui staf berilmu dan komited.

Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 meliputi bidang yang menfokuskan kepada perkhidmatan dan kemudahan di semua Unit meliputi Perkhidmatan Akses, Runding Maklumat, Sistem, Repositori Digital dan Media, Penerbitan, Perolehan, Katalog dan Metadata, Bersiri dan Dokumen serta Pentadbiran.

Tentatif Program Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 yang diadakan di Bilik Seminar 1, Taman Kechor bermula seawal jam 8.30 pagi menfokuskan mengenai Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan yang disampaikan oleh Puan Mazmin Mat Akhir dan Scopus oleh Encik Md Nizam Azid. Program diteruskan dengan pembentangan berkaitan Buku Elektronik dan Katalog Atas Talian oleh Puan Suhana Md Taha. Manakala pembentangan berkaitan Sistem Repositori Digital disampaikan oleh Encik Mohd Shahrul Annuar Alawi dan Buku Elektronik oleh Cik Hasdarinar Abdul Jalal. Sehubungan itu, sesi perkongsian sumber dan penghargaan telah diteruskan sehingga semua peserta yang terlibat berehat untuk menikmati jamuan tengahari yang disediakan. Tepat jam 2.00 petang, pembentangan mengenai cara dan langkah Pembaharuan Pinjaman Melalui Sistem telah di sampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin. Pengkalan data Online Britannica telah di bentangkan oleh Puan Norakmal Abdul Karim. Cik Azni Yantee Abd Raoh telah menerangkan berkaitan EzProxy serta mengakhiri seminar tersebut Modul Makmal disampaikan oleh Encik Zulhilizan Othman dan Sesi Perkongsian Sumber telah dibincangkan. Justeru, Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 yang diadakan ini dapat membuka minda, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memberi input yang positif kepada semua staf Perpustakaan dalam aspek perkhidmatan maklumat kepada pelanggan dan Perpustakaan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

1 comment:

  1. Tahniah kepada semua staf yang menghadiri Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009.. Semoga ianya memberikan kesan positif kepada kita semua.. Selamat maju jaya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...