Tuesday, December 29, 2009

Perpustakaan Mini, Kampus UniMAP, Ulu Pauh Mula Beroperasi





28 Disember 2009, merupakan hari dan detik yang paling bersejarah kepada semua warga Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kerana dengan bangga dan rasminya Perpustakaan Mini , Kampus UniMAP, Ulu Pauh mula beroperasi sepenuhnya. Penat dan lelah serta kekangan masa selama dua bulan amat memeritkan untuk membangunkan Perpustakaan Mini tersebut. Berkat serta kesabaran dan kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan Perpustakaan secara langsung atau tidak langsung, akhirnya berjaya membangunkan dan menyiapkan Perpustakaan itu. Kunjungan Pertama Naib Canselor serta Pegawai Utama Universiti dan Ketua-Ketua Jabatan semasa hari pembukaan amat membanggakan semua warga Perpustakaan. Kini, kami boleh menarik sedikit nafas lega kerana semua kemudahan dan perkhidmatan di Perpustakaan Mini akhirnya lengkap sepenuhnya. Justeru, diharapkan semua pengguna dapat berkunjung dan menggunakan perkhidmatan Perpustakaaan dengan semaksimum yang mungkin. Perpustakaan Mini, Kampus UniMAP, Ulu Pauh terletak di Sayap Timur Bangunan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan atau anda boleh hubungi kauter utama di talian 04-9885157 atau pejabat 04-9885156. Kunjungilah hari ini juga..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

5 comments:

  1. Terima kasih kepada semua staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan Perpustakaan Mini,Kampus UniMAP, Ulu Pauh.. Terima kasih semua..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...