Tuesday, September 15, 2009

Perpustakaan Sertai Pertandingan Nasyid Antara Jabatan 2009




14 September 2009, Perpustakaan dengan kerjasama Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Antara Jabatan sempena sambutan bulan Ramadan pada tahun ini. Kumpulan yang mewakili Perpustakaan diberi nama 'Ramadan' dianggotai seramai 12 orang staf dari pelbagai peringkat jawatan. Staf-staf yang dimaksudkan ialah Encik Azhar Ahmad, Puan Nazirah Zainul Abidin, Encik Roy, Encik Mohd Fazlullah, Encik Ahmad Syahir, Encik Akmal Hafizal, Encik Surizan Shamat, Cik Shahirah, Cik Linda, Cik Fatimah, Puan Noremie Hashim, Puan Rohaya Abdul Rahman, Encik Syazmil Yusri dan Cik Noorul Afza Hidayah Pilihan lagu yang bertajuk 'Suci Sekeping Hati' menjadi nadi kumpulan Ramadan pada kali ini. Sketsa yang dipilih bagi memenuhi syarat-syarat penyertaan nasyid tersebut menceritakan seorang anak muda yang bernama Adam, mencari erti hidup yang sebenar dalam mengharungi kehidupan seharian. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

9 comments:

  1. salah ejaan tu....cari balik mana yg salah...=)

    ReplyDelete
  2. Pembetulan ejaan telah dibuat. Terima kasih di atas makluman anda. ')

    ReplyDelete
  3. Staf-staf wanita macam artis semua.. hehehe

    ReplyDelete
  4. gambar staf lelaki mana?

    ReplyDelete
  5. Nak letak tetapi ada seorang staf lelaki tengah baca surat khabar. Yang lain semua memang ready bergambar.. Hehe

    ReplyDelete
  6. 12 org ka? bkn 14? pn rohaya dgn en yusri kan masuk jgk

    ReplyDelete
  7. haa..bru nk tau ka staf wanita mcm artis...hahaha...

    ReplyDelete
  8. betul 2...mst lupa nk letak lagi 2 nama...rohaya dgn yusri...penat nyanyi tapi nama x da dlm blog nie...ish...ish..ish...

    ReplyDelete
  9. Harap maaf, saya dah letak nama dua orang staf yang tercicir.. Harap maaf.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...