Monday, April 6, 2009

Lawatan Dari Panel Board of Engineers Malaysia (BEM), Lembaga Jurutera Malaysia






6 April 2009 - Perpustakaan menerima lawatan dari wakil panel Board of Engineers Malaysia (BEM) atau dikenali sebagai Lembaga Jurutera Malaysia iaitu Encik Zulkefli Yaacob dan Encik Mohd Hazli. Lembaga Jurutera Malaysia (Lembaga) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Fungsi - fungsi utama Lembaga adalah mendaftar para Jurutera dan syarikat perunding kejuruteraan dan menentukan serta mengawal tata kelakuan serta etika profesion kejuruteraan.

Mereka yang berhasrat bekerja sebagai jurutera atau menjalankan amalan kejuruteraan diwajibkan berdaftar dengan Lembaga. Menurut Seksyen 24A(1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2002) "Tiada seorangpun boleh bekerja mana - mana orang, pemilik tunggal, syarikat perkongsian atau syarikat pertubuhan perbadanan untuk menjalankan perkhidmatan kejuruteraan profesional, selain daripada jurutera berdaftar dan Amalan Kejuruteraan Perunding"

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Lembaga di http:http://www.bem.org.my/v3/index.html

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

2 comments:

  1. apa yg p bubuh gambaq kelam tu. buh la yg elok sikit.

    ReplyDelete
  2. Maafkanlah ya.. Kamera kita ada masalah teknikal sedikit.. Maklum sajalah jurugambar kita selalu bertukar tangan. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...