Friday, April 10, 2009

"Jom Study" @ Perpustakaan UniMAP






9 April 2009 - Perpustakaan UniMAP dipilih sebagi lokasi Majlis Pelancaran Kempen "Jom Study" bersesuaian dengan hasrat agar Perpustakaan menjadi destinasi utama pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan penyediaan tugasan ilmiah.

Kempen "Jom Study"

Kempen "Jom Study" merupakan program kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis. Ia bertujuan untuk meningkatkan motivasi para pelajar untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir. Secara asasnya, kempen ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar agar memanfaatkan kemudahan Perpustakaan dalam aktiviti pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan.

Ladybird Sebagai Maskot Kempen

Perpustakaan memilih kumbang 'ladybird' sebagai maskot kempen bersesuaian dengan ciri-ciri keceriaan rupa fizikal yang berwarna merah dan hitam. Selain itu, 'ladybird' merupakan jenama bahan bacaan untuk kanak-kanak pada usia (3) sehingga (8) tahun ke atas. Maskot ini berharap dapat mengembalikan perasaan seronok dan kesungguhan membaca pada zaman kanak-kanak yang sepatutnya dilestarikan sebagai satu budaya.

Perasmian majlis bermula pada jam 8.45 malam, diikuti dengan nyayian lagu rasmi UniMAP 'WAWASANKU" dan ucapan aluan oleh Ketua Pustakawan, Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Seterusnya upacara perasmian majlis dan gimik pelancaran oleh Ketua Pustakawan. Perpustakaan mengambil kesempatan untuk menghargai para pengguna yang memanfaatkan koleksi Perpustakaan secara optima. Justeru, Anugerah Peminjam Terbanyak 2008 dan pengunjung bertuah telah disampaikan kepada pemenang oleh Ketua Pustakawan.

Majlis diteruskan dengan penceritaan pengalaman sepanjang menggunakan Perpustakaan oleh seorang pelajar UniMAP dan pengalaman staf dan pengguna sepanjang bertugas di Perpustakaan UniMAP. Mengakhiri majlis dengan nyayian lagu semangat UniMAP dan jamuan kudapan malam di Ruang Diskusi Perpustakaan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin, Ketua Pustakawan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), semua staf Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis serta semua individu dan kumpulan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merancang dan menjayakan majlis ini.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

11 comments:

  1. amboihh..azhar tu senyum sampai telinga ehh..syok berucap kut...

    ReplyDelete
  2. Ya la.. Gembira berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang bertugas di Perpustakaan kita..

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan staf kita yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Sama-sama kita dan pelajar mengimarahkan Perpustakaan yang kita cintai ini.

    ReplyDelete
  4. abg PBSM tu xde ke?hehe

    ReplyDelete
  5. kite kena buat anugerah pustakawan paling popular ni...saya vote abg yg sihat2 tu!!cayok!

    ReplyDelete
  6. Abg yang menyertai PBSM tu Encik Ahmad Syahir. ")

    ReplyDelete
  7. Anugerah Pustakawan Popular dgn Anugerah Pembantu Perpustakaan Paling Popular ni kena tanya dan mohon kelulusan dari Ketua Pustakawan dulu.. Hehe ")

    ReplyDelete
  8. wahhh..'abang yang sihat2' tu ada peminat nampak.. :-) huhuhu..jeles i

    ReplyDelete
  9. abg yang sihat tu mmg ramai peminat

    ReplyDelete
  10. ejaan tu silap la, 'LADYBUGS' bukannya 'LADYBIRD'..

    ReplyDelete
  11. Saya difahamkan ejaannya memang betul, cuba anda rujuk kembali buku perasmian program tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...