Wednesday, November 26, 2008

Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)

PAP membolehkan pengguna perpustakaan mendapatkan bahan seperti buku, artikel jurnal dan sebagainya yang tidak terdapat di dalam Perpustakaan UniMAP dari perpustakaan lain. Sebagai contoh, jika bahan tersebut terdapat di Perpustakaan USM maka pengguna boleh memohon Perpustakaan UniMAP meminjam buku tersebut untuk mereka.

Bagaimana nak mohon?

Dapatkan borang PAP atau ILL (Interlibrary Loan), isikan butir-butir yang diminta dan hantarkan ke rujukan@unimap.edu.my

Siapa boleh memohon?

Semua pengguna Perpustakaan atau warga UniMAP.


Harap maklum.

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan UniMAP

5 comments:

  1. Perkhidmatan PAP memang diberikan secara percuma oleh perpustakaan UniMAP namun sekiranya ada sebarang caj dikenakan oleh perpustakaan yang membekalkan bahan tersebut maka caj tersebut akan dikenakan kepada pemohon. Biasanya antara caj yang dikenakan adalah seperti caj fotokopi sekiranya bahan itu perlu difotokopi. Namun ianya bergantung kepada perpustakaan yang membekalkan bahan tersebut sama ada nak caj atau tidak. Untuk pinjaman buku memang tidak ada sebarang caj dikenakan.

    ReplyDelete
  2. selalunya, berapa cepat pemohon boleh mendapat bahan yang diperlukan?

    ReplyDelete
  3. lama dah soalan ni. tak ada sapa yg nak jawap ke?

    ReplyDelete
  4. Harap maaf kerana terlewat memberikan respon. Proses mendapatkan bahan tersebut bergantung kepada respon yang diterima dari Perpustakaan yang dipohon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...